A good friend is always be a good listener.
A good friend is always with you in happy and sad moment.
Aku tak tahu sama ada aku seorang kawan yang betul2 baik bagi seorang kawan.
Tetapi, aku belajar yang segala permasalahan hidup kita tidak seharusnya selalu diceritakan kepada kawan kita.
untuk pertamanya, semestinya aku yang salah kerana tak perlulah berulang kali asyik cerita masalah yang sama kan? .. lagipun ianya bersifat peribadi dan sememangnya orang lain takkan boleh betul2 memahami sebagaimana diri kita sendiri yang mengalaminya. itu lumrah. sesiapa sahaja akan rasa begitu.
apa yang boleh dilakukan, adalah rasa simpati dan empati.
keputusan yang kita ambil adalah bergantung kepada situasi yang kita hadapi pada ketika itu. dan juga perkara2 yang mendatang yang berlaku selepas itu.. setelah diambil kira pro dan kontra.
tidak dapat dinafi..setiap keputusan yang kita ambil mesti ada pro dan kontra. tiada satu perkara yang melibatkan keputusan manusia mendatangkan hasil yang baik2 sahaja. sebab kita manusia. tiada yang sempurna 100%.
sebab itu, adanya ayat " doakan yang baik-baik".. kita tak tahu apa yang terjadi akan datang. Biarpun kita boleh mengandaikan mungkin akan timbul sisi negatif, tetapi kita berusaha la untuk sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada dan mendoakan yang baik-baik.
No comments:
Post a Comment