Friday, November 24, 2017

Samaran Jiwa


kehilangan kata-kata
mungkin itulah yang aku bayangkan
kadang buntu
kadang keliru
dengan apa yang bermain di mata

tak dapat ku agak
tak dapat ku tafsir
tak dapat ku teka

setiap tindakan dan fikiranmu

aku jadi lelah
dalam buruan cinta
mungkin ini bukanlah cinta
hanya sekadar sisipan tepi 

kenapa harus aku penatkan diri
memikirkan hal yang tak pasti
akan hujung pangkalnya?

kenapa harus aku menanti
sesuatu yang belum aku miliki
dalam samar atau nyata?

tiada kata-kata
untuk aku tujukan buatmu

tiada hati
untuk aku beri

tiada rasa
untuk aku kongsi

biarlah ia berlalu sendiri
tanpa graviti
infiniti

Sunday, September 3, 2017

Soal Hati 2

Soal hati,
aku anggap ini mungkin kifarah dosa aku
tapi memang tak dinafikan
soal hati itu..sakit

janji seorang lelaki
begitu indah
begitu manis
itulah lelaki

tapi apa akhirnya?

tiada apa.
tiada apa.
dan tiada apa.

dan memang macam tiada apa-apa.

ok. aku tak perlu berharap lagi.

titik.

namun, aku berharap Allah berikan jalan terbaik..


Soal hati,
sakit hati..

apakah aku ini tiada perasaan.

sekali lagi. mengapa?

spontan aku membalas usikan kamu.

tak sengaja mungkin nampak kasar?

kau terus label aku kurang ajar?

sedang, sebelum ini aku hanya bersabar

hey..aku juga manusia..

pasti ada salah silap

..adilkah bagiku?
..
sungguh silap orang kau jelas nampak..

sikap mu?..

dan aku dengan hati tersepit
merendah diri,  memohon maaf
kerana tidak mahu terus hatimu sakit

..sedangkan sakit hati aku?
aku korbankan.

aku
perlu
terus
kuat

berkawanlah seadanya

kenapa aku jadi begini?

antaranya kerana sikap orang sekeliling aku.

aku perasan,

dari sekolah rendah lagi.. aku bukanlah dikalangan orang2 penting. kadang2 aku diperlekehkan. dipandang tepi pendapat aku. aku didouble standardkan. hanya beberapa orang sahaja yang betul2 menjadi kawan baikku.

biarlah. itu cerita lama

kini aku sudah dewasa.

salahkah aku juga mahu mempertahankan diri aku..

hingga ke saat ini.. orang seperti di zaman sekolah, masih ada.

Friday, August 4, 2017

Kisah BLACKOUT



KISAH BLACK OUT a.k.a gangguan bekalan elektrik~

black out. satu fenomena agak ngeri yang aku tidak sukai sepanjang tinggal di kawasan perumahan yang tak berapa padat penduduknya. Selalu terjadi pada waktu tengah-tengah pagi, jam 1 pagi dan ke atas.

sungguh, situasi yang tidak menyenangkan. Sedang lena diulit mimpi, tiba-tiba terasa badan panas dan tidak berangin. Bila terjaga..gelap!. oh tidak.. black out rupenya.. hmm... teraba-raba mencari handphone untuk menyalakan lampu torch light.

setelah diperiksa kotak suis, tiada apa yang berubah.. buka dan tutup suis, sama sahaja.. apabila intai disebalik langsir.. ya Rabb, semuanya gelap! Ini bermakna satu perumahan bergelap.. fuh.. berpeluh la malam ni. Terasa menyesal pulak tidak beli kipas kecil elektronik ( guna bateri tu..)

berkipas-kipaslah aku dengan buku atau kertas yang ada..sampai tertidur semula.. sedar-sedar dah pagi!.. buka mata je, aik dah cerah rupenye.. malam tadi tertido tak tutup lampu.. lagi sadis..dah pukui 7.15 am.. uihh.. terlepas subuh plak.. apa lagi, cepat2 mandi dan qodo' la subuh tu.. Mujurlah hari cuti.. Selamatt...Syukur..

Pernah juga satu ketika itu, tiba-tiba blackout melanda jam 1.30 pagi kalau tak silap. Baru je nak lena malam tu, rakan serumah plak panggil2 nama aku..suruh bangun, nak cek kotak suis sebab black out. dengan mamai-mamai, kami cek la.. macam biasa..Ok je. tapi, bila selak langsir, tengok rumah-rumah jiran.. kami jadi pelik. Biar benar? rumah orang lain, ada je lampu luar terpasang, lampu jalan pun ada je.. jiran belakang ada je lampu.. ini bermakna rumah yang aku duduk ni ja tak de elektrik!..wahh.. pelik bin hairan..

apa lagi, berpanas dan berkipas manual la malam itu.. Dah la esok kerja.. Gangguan bekalan elektrik ni berlarutan sampai la ke pagi.. bila balik dari kerja dalam pukul 1 lebih gitu, barulah dah ada elektrik bagaii.. haaiii... takjubnyee..

itulah serba sedikit pengalaman biasa mengenai black out ni.. tak taula pasai apa black out pagi-pagi buta, takde hujan, xde ribut.. kemana agaknye elektrik tu pergi? huhu... risau gak..kalau xde elektrik siang tu xdela risau sangat kan.. hmm.. memang takde notis pemberitahuan kalau gangguan bekalan elektrik ini terjadi, selalunya notis gangguan bekalan air ja..

that's it.
black out.
watch out.
no one know.
out there.

Allahu Hafiz.

Saturday, July 8, 2017

Kerana Kau..

what's up bro?

Untuk Kesekian Kali..

untuk kesekian kalinya
hati ini terguris
untuk kesekian kalinya
hati ini remuk
untuk kesekian kalinya
luka bernanah kembali
untuk kesekian kalinya..
hirisan lidahmu menikam kalbu..

apa yang kau mahu?
apa yang kau fikir?
apa yang kau rasa?
bila bait-bait bicaramu mengguris jiwa?
bila senang-senang kau merendahkan sebuah jiwa?
kau tersiksa?
kau terkilan?
cukuplah! kerana aku lebih-lebih lagi merasakannya..

tiada sefahaman.
tiada pengertian.
yang ada hanya egomu semata.
perit sangatkah penderitaanmu?
perit sangatkah rasa terkilanmu?
kau tak mampu menghadam butir nasihat,
kau tak mampu menghulur kata maaf,
kau tak mampu, dan kau tak mampu pada waktu itu.
kau hanya mampu menegakkan benang yang basah!
kau caci aku, kau herdik aku!
sepertinya aku tiada maruah!

biarpun bukan secara berdepan
tetapi sudah cukup membuat aku terkedu
dan sakit hati!
sumpah aku benci kau waktu itu,
aku harap kau boleh pergi mati saja!
aku nak sangat balas segala cacian kau terhadap aku,
tapi aku tahan..
aku tahan..
aku tahan..

 aku hanya memendam rasa,
melakar perasaan pada potret kiasan,
kekadang memuntahkannya pada yang sudi,
entah berapa kali aku bazirkan air mata kerana kau..

namun maafkan aku.. coretan ini seakan menghamburkan apa yang terbuku
di hati aku..
cukuplah..untuk berbaik denganmu
cukuplah ..untuk tersenyum bersamamu..
segala memori bersama..

memutuskan silaturrahim itu berdosa..
ya aku tahu..
aku maklum..

aku memohon agar Tuhan membersihkan hati aku,
membasuh lukaku..
agar satu hari nanti....
aku bisa memaafkanmu
dengan seikhlas hati..

...... selamat tinggal kenangan indah...



Thursday, January 12, 2017

Puisi Kalbu..



hatimu tak dapat ku baca
tingkahmu tak dapat ku duga
mungkin kah kau berduka
atau seperti apa?

apakah kau berdusta
tentang kata cinta
menyepi dari menyapa
apatah lagi berjumpa

tiada salam darinya
jika tidak dihulur 
entah mungkin diri ini kau lupa
atau sengaja bersembunyi
disebalik bicara..

--