sejak zaman kecik-kecik, sudah ternanam beberapa perkara yang agak perjudis dalam benak aku. aku tak tahu mungkin kerana pengaruh yang aku terima masa kecik-kecik dulu. ada 2 benda yang pada aku, perkara tersebut dianggap 'jahat', 'teruk', 'horrible', 'eeuww'... padahal benda tu sebenarnye takdela 'disgusting' sangat pon.
1. main bowling
2. tengok wayang.
dua benda ni aku macam pandang 'slack' je. tak tahu la kenapa. lebih-lebih lagi tengok wayang. macam rasa evil sangat. tengok wayang, gelap-gelap. bercampur lelaki dan perempuan, walaupun datang duduk dgn family sendiri. aku rasa mcm...orang yang masuk panggung tengok wayang tu teruk sgt. hahaa.. mesti sapa yang suka tengok wayang tu rasa menyampah kat aku sekarang..'kerek' betul, kolot..puii...
setelah berbelas2 tahun, aku berjaya tidak memecahkan rekod untuk tidak menonton wayang, cukupla sekadar tengok movie kat rumah/internet je.. sehinggalah tahun 20XX...untuk pertama kalinya aku try tengok wayang. Sebabnye? sepupu-sepupu aku yang ajak.. tengok movie "percy jackson"..time hari raya.. jadi malam raya aku pi dgn sepupu2 aku... ok.. just take the challenge.. of feeling sendiri rasa tgk wayang tu macam mana..
ok. ramai orang.
gelap.
tengok movie
orang ketawa bila part kelakar.
makan popcorn.
air mineral.
takdela teruk sangat.
kecuali gelap dan sound system dia kuat gila.. (kalau movie seram tak tahu la feeling dia macam mana)
habis cerita.
balik rumah.
btw, aku kene perli gak dgn pakcik aku. (ayah sepupu). sebab ekceli pakcik mcm x berapa bagi...yela.. malam raya, (1st raya).. kitorg pi tgk wayang plak... sepupu aku tula..beriya2 nak tengok movie yang dia minat tu. aku sebagai yang lebih dewasa sikit berbanding diorg kene tempias gak... malu pulak time tuh. haish.. menyesal.
tapi sesalan aku tak berhenti setakat tu. lepas tu, aku tengok gak wayang.. cerita Hercules, dengan family abang aku, pastu dengan member pulak, eh..rasanya tu je yang aku tengok. ala, bukan banyak pon... tapi lepas tengok cerita dengan member tu....aku rasa macam lain sikit.. aku rasa macam... emm..tak boleh jadi ni.. kalau aku teruskan hobi tengok wayang ni boleh melarat. tiket pon kire mahal la gak... dah jadi mcm sosial plak..keluar tgk wayang, enjoy2.
setelah sekian lama, terdetik dalam hati aku perihal tengok wayang ni...
"sat gi..tengah2 tengok wayang.. aku mati mengejut dalam tu mcm mana"
"kalau kenduri arwah..org tanya..meninggal kenapa? masa tu kat ne?"
..tak ke malu waris nak jawab.... "er..mati mengejut, sakit jantung kot, dalam panggung wayang"
gila..malu... tidak!!!
lagi satu...
"dah la wayang tu gelap. konfirm ada org lain tengah tutttt..tut...(couple2)"
kira aku sedang bersama2 orang yang sedang bermaksiat??
oh no. aku fikir macam2.
bagi yang ketagih wayang tu, aku tahu korang takde fikir benda ni melainkan keseronokan menonton cerita/movie tu semata2.
itu hanyalah apa yang aku fikir. apa yang aku rasa. apa yang aku bayangkan... kalau itu yang terjadi..alangkah bebalnye pengakhiran hidup aku jika begitu..... nauzubillahi min zalik.. minta Allah jauhkan!
jadi..setelah itu...aku tekad...tidak akan jejak kaki kat panggung lagi.
aku tak nak ulas isu halal haram kat sini. aku takut salah. cuma yang aku tahu, benda yang buat kita ragu-ragu lebih baik hindarkan.. dan tempat yang bercampur lelaki perempuan tanpa tujuan yang dibenarkan agama pon kita patut elakkan..
orang yang kemaruk tgk movie memang rasa.."ok what?" " bukan buat maksiat pon!" " dalil mana, hujjah mana kata tak leh?"..
ok. itu korang carik lah sendiri .. (movie review boleh google, cari hujjah agama mesti boleh..)
itu sahajalah pengalaman aku terhadap panggung wayang/cinema. aku tak kecam sapa yang suka tengok movie tu.. aku tak kata orang yang pi panggung tu evil forever, damn you. (gila..tak la...). cuma perbuatan untuk pergi ke sana je...seolah-olah seperti...
ah..tak tahu nak describe macam mana.. tak sama seperti perasaan tengok orang ramai-ramai pergi surau dan masjid. macam tu la yang aku rasa..
mungkin boleh buat begini.. ada panggung wayang.. yang khas kan untuk lelaki, dan untuk perempuan. cerita wayang pon 'selected'. nak tengok banyak kali pon lantaklah..janji solat tak tinggal. hehehe.. (tapi..ade ke?? nooo.....)
ah..tak tahu nak describe macam mana.. tak sama seperti perasaan tengok orang ramai-ramai pergi surau dan masjid. macam tu la yang aku rasa..
mungkin boleh buat begini.. ada panggung wayang.. yang khas kan untuk lelaki, dan untuk perempuan. cerita wayang pon 'selected'. nak tengok banyak kali pon lantaklah..janji solat tak tinggal. hehehe.. (tapi..ade ke?? nooo.....)
soalan bangang pernah aku menyampuk/tanya kat kaunter..'er..cerita ni sesuai kan? xde adegan pelik2?' huhuhu..


No comments:
Post a Comment