ARGH.. KAWAN KU PEMALAS!!
kisah dulu-dulu,
daripada zaman belajar hingga zaman kerja aku duduk jauh dari keluarga. Sama ada asrama, hostel ataupun rumah sewa.
sewaktu zaman belajar dulu, duduk ramai-ramai dalam satu dorm. masa tu aku tingkatan satu.. sampailah tingkatan lima aku duduk asrama. zaman itu aku tak kisah sangat pasal orang. katil aku, katil aku..katil kau, katil kau.. locker aku, locker aku...locker kau, locker kau.. lagipun masa tu budak lagi, so aku tak de kesedaran lagi tentang kekemasan dan ketidaksepahan tempat..haha.. bukan bermakna aku tak kemas. aku kire kemas juga la..tapi biasa-biasa je.
pernah satu ketika, semasa aku tingkatan 5 kalau tak silap, aku kene tegur dengan ketua dorm aku, dia kata locker aku tu..kene kemas sikit. hehe. memandangkan duduk asrama memang setiap minggu ada pertandingan kebersihan dan keceriaan dorm, jadi diorg akan cek locker gak.. masa tu aku takde heart feeling sangat.. aku okey je.
jadi zaman sekolah aku, takde sangat masalah dengan ahli2 bilik. everything is undercontrol. cewah.
sama juga zaman aku kat universiti, it is okay je. cume pernah beberapa kali, aku tolong lipatkan kain baju kawan aku ..err.. kelakar plak.. masa tu baru first year, aku tgk baju2 die berlonggok kat katil.. masa tu die xde kat bilik.. (kelas or somewhere else..) .. awkward :-P
tapi lama-lama..sifat aku tentang pentingkan kekemasan (kononn..haha) mula terserlah.. aku mula sakit mata tengok tempat bersepah.. walaupun kekadang aku pon sepah la juge. Ianya mula muncul sejak aku habis belajar kat U. Aku kerja sekejap bawah lecturer sebaga R.A di Universiti aku belajar tu. aku menyewa dengan kawan-kawan aku gak.. ( ada yang tgh belajar lagi/ keje). aku menyewa kat rumah flat.

rupenye.. baru aku sedar.. betapa berbezanya zaman kerja ini. baru aku tahu penatnye kita kerja. masuk kerja pukul 8 balik pukul 5 petang. petang tu jem pulak..selalu jem,, mesti balik lewat.. pukui 6 atau kdg2 hampir maghrib. (duduk KL..well.... jem is everywhere..hehe)
jadi..sejak aku kerja la.. aku serabut bila balik rumah je, tengok dapur tak kemas. periuk/kuali dah guna tak basuh. peti ais penuh barang.. makanan dah expired tak buang.. seriously, aku jadi rimas.. duduk menyewa pulak 8 orang. aku memang pernah kemas2 dapur tu sambil membebel sorang-sorang. aku bengang sebab masa aku balik tu, ade je member dalam rumah, (masih belajar), tetapi kenapa tak boleh nak kemas dapur tu? jadi aku juge la yang kemas.
peti ais pulak.. aku pernah kemas.. aku buang barang2 yang memang dah expired, berkulat. aku bukan membabi buta buang suke hati..tapi aku tengok tarikh luput tu.. aku pon tak faham, macam mana diorang boleh hidup dalam keadaan macam ni.. maybe sebab dalam rumah tu cuma 2-3 orang je yang keje, yang lain masih study.. maybe sebab tu kot diorang tak kisah... bila aku dah buang2 macam tu, ada kawan aku tegur yang aku ni buang barang tanpa minta izin.. hurm,, ye.. betul la juge tu.. haha.. ok. lepas tu rasanye aku tak buat dah kot. KOT.. :'D.
tapi memang aku bengang.. haih.. jenis wanita yang tak reti nak kemas ni..
jadi, daripada situ aku dah rasa bekerja ni memang letih..even kite keje duduk ofis je, tetap juga guna tenaga.. sebab tu bila balik rumah, rumah tu kene la kemas.. supaya tak menambahkan lagi keletihan kita selepas pulang dari kerja. hehe.
so.. para lelaki diluar sana.. pastikan korang pilihla wanita yang pandai kemas rumah. jangan asyik nak pilih yang cantik dan pandai bergaya je.. tapi bab kerja rumah, hampeh.. kirim salam laa..
kisah sekarang..
okey.. aku sambung lagi.....
rupanya.. masalah aku yang allergik tengok sepah-sepah ni tak berkesudahan.. haha...
bila aku dah bekerja tetap..(alhamdulillah).. duduk jauh dari keluarga.. dan masih lagi menyewa..
beberapa kali juga aku perang dingin dengan housemate yang baru kenal tak sampai 2-3 tahun.
adoi.. masalah yang sama.. haha.. dugaan, dugaan..
aku pon tak tahula.. aku dah tegur, aku juga yang kene sound balik. haha.. ini lagi dahsyat... pantang kene tegur,.. susah gak orang mcm ni.. bukannye aku tengking2, aku dah cuba cakap elok2, .. tapi nak buat macam mana, manusia ni memang tak sama. aku tak sama. dia tak sama. kau tak sama. semua orang tak sama. masing-masing ada perangai masing2.. yela..aku pon tak boleh nak expect org sama macam aku. huk huk.. aku insan lemah.. pheww...
tapi satu je aku nak pesan. Please la.. tak kisah la kau sape ke, orang mana ke, dah namanye duduk satu rumah.. pandai2 lah kemas.. bukan susah pon.. dah guna barang dapur/ pinggan/ cawan/ kuali/ basuh dengan serta merta.. ada sampah, tak payah disuruh, buang.. ah.. malas la aku nak cakap.. pandai2 sendirila.. tapi pandai2 sendiri pon.. sama je.

walaubagaimanapun,
inilah kehidupan
dia tak sempurna
aku tak sempurna
pernah aku cuba memahami
pernah aku cuba bertahan
agar tidak wujud jurang
persahabatan dan ikatan ini
agar terus terjalin
maafkan aku
kerana tidak seperti
yang engkau harapkan
aku cuma ingin kau
mengerti...
yang..
orang perempuan weii..
nak jadi isteri kene reti mengemas!
rumah nombor satu!!
bye...
copy paste : www.diari hatiku.com.my
No comments:
Post a Comment