Saturday, December 31, 2016

DAJJAL BUKAN PENYELAMAT! HAMPIR MUNCUL..




Dajjal semakin hampir.

Hari-hari untuk dia berkuasa penuh di mata dunia tidak lama.

Bumi Palestin yang dirampas Israel hampir berjaya ditawan sepenuhnya.

Terlalu banyak sekali darah-darah para syuhada' yang terkorban.. terlalu banyak sekali darah-darah orang yang tidak berdosa yang mengalir dibumi itu.

ya..bumi itulah.. tanah yang dijanjikan itulah..bakal menjadi tempat idaman pemerintahan Dajjal Laknatullah.!! Palestin! .. siapa yang begitu kejam terhadap penghuni asal tanah bertuah itu?

bangsa Israel keseluruhannya?? TIDAK..

TIDAK semua..

kerana yang menjadi anjing-anjing kejahatan itu terang-terangan ialah kelompak SI ZIONIST LAKNATULLAH.. Merekalah askar-askar durjana si Dajjal!.. Zionis yang memusnahkan palestin sedikit demi sedikit...

bukan sahaja zionis.. bahkan rakan sekutu mereka yang abadi..puak-puak yang mengabdikan diri pada iblis, raja kejahatan! puak-puak Illuminati yang rata2 dari negara besar Amerika dan Britain. Dengan gabungan itu, bersama Dajjal mereka berjanji untuk menyambut kedatangan Dajjal dengan darah-darah Umat Islam! alangkah jelek sekali cita-cita mereka itu.

Kini sedang menuju tahun-tahun ketibaan Dajjal. Fitnah Dajjal semakin hari semakin mengganas, semakin kuat dan semakin membahayakan aqidah!... manusia dicabut roh nya dari mengingati Tuhan yang Maha Esa.. di bawah Dajjall..segala kejahatan menjadi satu... Manusia akan kehilangan pertimbangan... menjadi hamba tanpa sedar... mengikuti arus sistem dajjal ini...

anda mahu tahu bukti dajjal sudah dekat?

terlalu banyak...




lihat sendiri kepingan wang kertas yang digunakan kini. semakin kecil nilainya.. semakin susut nilainya...semakin parah ekonomi kita.... matawang yang berlandaskan US Dollar semakin musnah.. riba sana sini.. hutang keliling pinggang... anda tahu apa yang Dajjal akan gantikan matawang kita akan datang???

wang yang tidak dapat disentuh...

halimunan...

wang elektronik... hanya mampu lihat angkanya sahaja....... bukankah kita pernah mengalaminya? kad kredit, kad debit, atm, segala wang yang elektronik itulah rajanya... siapa yang mengawal Bank Dunia?? Anda pasti tahu puak-puak itu.. dengan matawang yang sedemikian rupa..sangat mudah mereka mengawal kewangan dunia..

(simpanlah emas dan perak.. ..di saat matawang gugur bagaikan daun kering... emas dan perak tetap utuh nilainya....)


ah.. itu baru sentuh bab wang.. terlalu banyak kehancuran yang bakal berlaku lagi..

sudahkah kita maklum hadis Nabi yang mengatakan keadaan bumi yang akan kemarau sebelum ketibaan dajjal secara terang-terangan di muka bumi ini?

3 tahun sebelum dajjal akan menjelajahi bumi ini.. kemarau yang dahsyat akan tiba.

tahun pertama...Allah akan menahan 1/3 hujan.
tahun kedua..Allah akan menahan 2/3 hujan,,
tahun ketiga..Allah akan tahan hujan secara total.. tiada lagi setitik air yang turun dari awan..

Masyaallah...

bayangkan keadaan manusia selama 3 tahun itu? sengsara bukan.... Air yang menjadi sumber utama manusia telah kering. bumi tandus. tanaman binasa. haiwan mati. makanan untuk manusia tiada. persis bagaikan pelarian di sesetengah negara yang tidak ditimpa hujan...

manusia putus harapan. saling bergaduh. kelaparan dan kehausan. iman tergugat. 

apa yang mengenyangkan saat itu?.... Subhannallah.. Nabi Muhammad bersabda, bahawa dengan zikir-zikir kepada Allah sahaja yang akan mengenyangkan perut yang lapar..... tetapi entah berapa ramaikah yang begitu?....

nah..lalu setelah bumi kering tanpa air..saat itulah,,,dajjal akan menjelajahi setiap inci bumi (kecuali mekah dan madinah) bersama konco-konconya untuk menyebarkan fitnah terbesar.

ketika itu, dipaparkan kepada manusia Air dan Api..syurga dan neraka buatannya.. orang-orang yang mati yang dihidupkan, makanan..sumber mata air... bahkan apa sahaja yang bisa membuatkan manusia saat itu ingin mendapatkan kerana tersangatlah lapar dan dahaga.....

segala yang dipersembahkan itu tidak lain tidak bukan adalah sihir semata-mata.. yang membohongi setiap mata yang memandang..dan menipu setiap hati yang menilai... kecuali yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul!

anda mahu air?? hah.. mengaku dajjal tuhanmu
anda mahu hujan?? hah..mengaku dajjal tuhanmu
anda mahu makanan?
anda mahu kesenangan??
syaitan-syaitan pula akan menyamar sebagai arwah orang-orang yang manusia sayang dan mengajak manusia untuk bertuhankan Dajjal...

dajjal boleh beri semua itu....dengan syarat, manusia menjual imannya dan mengaku dirinya Tuhan..

Masyaallah.... fitnah ini yang sangat ditakuti..... 

..hanya pertolongan dari Allah sahaja yang boleh menyelamatkan manusia dari fitnah dajjal..

kedatangan dajjal di bumi bukanlah sebagai penyelamat, jauh sekali sebagai pemberi rahmat!

datangnya bersama segala macam sihir dan kejahatan yang menutupi kebenaran..

saudaraku,
kukuhkanlah tauhidmu dari sekarang!
kuatkanlah benteng imanmu mulai saat ini!
kita tidak punya masa lagi...
detik yang berlalu..terasa pantas sekali....
semoga kita semua dilindungi daripada fitnah Dajjal...

ALLAHU MUSTA'AN..!








Friday, December 23, 2016

Ketagih Tengok Wayang



sejak zaman kecik-kecik, sudah ternanam beberapa perkara yang agak perjudis dalam benak aku. aku tak tahu mungkin kerana pengaruh yang aku terima masa kecik-kecik dulu. ada 2 benda yang pada aku, perkara tersebut dianggap 'jahat', 'teruk', 'horrible', 'eeuww'... padahal benda tu sebenarnye takdela 'disgusting' sangat pon.

1. main bowling

2. tengok wayang.

dua benda ni aku macam pandang 'slack' je. tak tahu la kenapa. lebih-lebih lagi tengok wayang. macam rasa evil sangat. tengok wayang, gelap-gelap. bercampur lelaki dan perempuan, walaupun datang duduk dgn family sendiri. aku rasa mcm...orang yang masuk panggung tengok wayang tu teruk sgt. hahaa.. mesti sapa yang suka tengok wayang tu rasa menyampah kat aku sekarang..'kerek' betul, kolot..puii...

setelah berbelas2 tahun, aku berjaya tidak memecahkan rekod untuk tidak menonton wayang, cukupla sekadar tengok movie kat rumah/internet je.. sehinggalah tahun 20XX...untuk pertama kalinya aku try tengok wayang. Sebabnye? sepupu-sepupu aku yang ajak.. tengok movie "percy jackson"..time hari raya.. jadi malam raya aku pi dgn sepupu2 aku... ok.. just  take the challenge.. of feeling sendiri rasa tgk wayang tu macam mana..


ok. ramai orang.
gelap.
tengok movie
orang ketawa bila part kelakar.
makan popcorn.
air mineral.

takdela teruk sangat.
kecuali gelap dan sound system dia kuat gila.. (kalau movie seram tak tahu la feeling dia macam mana)

habis cerita. 
balik rumah.

btw, aku kene perli gak dgn pakcik aku. (ayah sepupu). sebab ekceli pakcik mcm x berapa bagi...yela.. malam raya, (1st raya).. kitorg pi tgk wayang plak... sepupu aku tula..beriya2 nak tengok movie yang dia minat tu. aku sebagai yang lebih dewasa sikit berbanding diorg kene tempias gak... malu pulak time tuh. haish.. menyesal. 




tapi sesalan aku tak berhenti setakat tu. lepas tu, aku tengok gak wayang.. cerita Hercules, dengan family abang aku, pastu dengan member pulak, eh..rasanya tu je yang aku tengok. ala, bukan banyak pon... tapi lepas tengok cerita dengan member tu....aku rasa macam lain sikit.. aku rasa macam... emm..tak boleh jadi ni.. kalau aku teruskan hobi tengok wayang ni boleh melarat. tiket pon kire mahal la gak... dah jadi mcm sosial plak..keluar tgk wayang, enjoy2.

setelah sekian lama, terdetik dalam hati aku perihal tengok wayang ni...

"sat gi..tengah2 tengok wayang.. aku mati mengejut dalam tu mcm mana"
"kalau kenduri arwah..org tanya..meninggal kenapa? masa tu kat ne?"
..tak ke malu waris nak jawab.... "er..mati mengejut, sakit jantung kot, dalam panggung wayang"
gila..malu... tidak!!! 
lagi satu...
"dah la wayang tu gelap. konfirm ada org lain tengah tutttt..tut...(couple2)" 
kira aku sedang bersama2 orang yang sedang bermaksiat??

oh no. aku fikir macam2.

bagi yang ketagih wayang tu, aku tahu korang takde fikir benda ni melainkan keseronokan menonton cerita/movie tu semata2. 

itu hanyalah apa yang aku fikir. apa yang aku rasa. apa yang aku bayangkan... kalau itu yang terjadi..alangkah bebalnye pengakhiran hidup aku jika begitu..... nauzubillahi min zalik.. minta Allah jauhkan!


jadi..setelah itu...aku tekad...tidak akan jejak kaki kat panggung lagi. 

aku tak nak ulas isu halal haram kat sini. aku takut salah. cuma yang aku tahu, benda yang buat kita ragu-ragu lebih baik hindarkan.. dan tempat yang bercampur lelaki perempuan tanpa tujuan yang dibenarkan agama pon kita patut elakkan.. 

orang yang kemaruk tgk movie memang rasa.."ok what?" " bukan buat maksiat pon!" " dalil mana, hujjah mana kata tak leh?"..

ok. itu korang carik lah sendiri .. (movie review  boleh google, cari hujjah agama mesti boleh..)

itu sahajalah pengalaman aku terhadap panggung wayang/cinema. aku tak kecam sapa yang suka tengok movie tu.. aku tak kata orang yang pi panggung tu evil forever, damn you. (gila..tak la...). cuma perbuatan untuk pergi ke sana je...seolah-olah seperti...

ah..tak tahu nak describe macam mana.. tak sama seperti perasaan tengok orang ramai-ramai pergi surau dan masjid. macam tu la yang aku rasa..

mungkin boleh buat begini.. ada panggung wayang.. yang khas kan untuk lelaki, dan untuk perempuan. cerita wayang pon 'selected'. nak tengok banyak kali pon lantaklah..janji solat tak tinggal. hehehe.. (tapi..ade ke?? nooo.....)



soalan bangang pernah aku menyampuk/tanya kat kaunter..'er..cerita ni sesuai kan? xde adegan pelik2?' huhuhu.. 

Thursday, December 22, 2016

Bosan

bosan
bosan
bosan
 
aku dah bosan dengan sikap kau
tapi aku cube positifkan diri aku

aku tahu kau tak sempurna
aku pun tak sempurna

aku akan bersabar selagi mampu
aku perhatikan rentak kau
cara kau bertindak

aku rasa aku tak perlu sangat desak kau
aku nak tengok kau macam mana
tak nak bagi kau tekanan


aku harap semua ini berakhir
..

Sunday, November 27, 2016

Aku just nak tanya.. Apa Khabar? aku tnya apa khabar.. la la..

bintang hati, bawa rinduku kembali.. 

krik..krik..krik..
bunyi cengkerik..

assalamualaikum,
sekarang dah hujung-hujung bulan november, menandakan tak lama lagi dah nak disember,
dan lepastu...

tahun baru 2017!!

oh Allah, cepat nye masa terbang dan pergi..

sedar tak sedar.. aku dah dipenghujung 20-an. Bermakna tahun 2017.. "hello 30's.."

(^o^)', 30 tahun.. wah, rasa mcm baru semalam sambut birthday yang ke-18.. hahah :P

kerjaya= still go on, insyaallah
umrah = belum lagi.. hurm.. (^_^)'
kahwin = jengg... belum..

kita enjoy hidup yang masih ada ni., :D