kita umpama musafir.. perjalanan kita menuju negeri abadi..
Bulan Disember ini,
bulan kesedihan..
pelawak terkenal Jambu, Pak Yus meninggal dunia..
Tun Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil juga meninggal dunia..
kedua-dua allahyarham adalah orang yang baik-baik..
selepas sahaja pemergian mereka.. ramai orang yang bersedih..
menceritakan kebaikan-kebaikan dan sifat positif yang ada pada diri kedua-dua Allahyarham ini..
seorang rakyat biasa- pelakon dan pelawak
seorang lagi anak raja- raja Johor..
walaupun didunia berbeza pangkat..
namun.. matinya nanti.. tetap sama..
kain kafan putih,
ditimbus tanah..
kita semua sama... sama sahaja.. disisi Tuhan
hanya nilai ketakwaan yang membezakan kita pada pandangan Allah..
Al-Fatihah..
tenanglah dikau disana..
dan sesungguhnya..
kami akan menyusul kelak......
9.14 pm- Isnin- 7 Disember 2015

No comments:
Post a Comment