Monday, December 12, 2011

Bestnye Malaysia aku..

pengalaman menetap di Malaysia..

wah..sudah 24 aku di Malaysia. Pelbagai kisah suka duka tragis bahagia yang telah dilalui.
Malaysia..sebuah negara makmur yang berbilang kaum..hidup aman damai..lagi sejahtera.. 
alhamdulillah..memang aman..aman sangat2..suke sangat duduk malaysia ni.. huhu.. takkan nak kutuk negara sendiri kan? tak bersyukurlah namanye nanti. 

sepanjang dua puloh hempat tahun di bumi Malaysia ni, aku Ok je, family semua Ok..Alhamdulillah.. 
kalau nak bandingkan dengan negara2 lain yg sentiasa di landa peperangan, kirenya aku bersyukur la sbb Malaysia x jadi mcm tu.. bak kata orang, jgn nak kutuk2 negara sendiri..bersyukur cket. tgk org lain lagi susah..

Malaysia negara kaya dengan hasil bumi, ekonomi kukuh dan lain2...

tetapi..

tetapi..

benarkah seperti apa yang aku dan engkau sangkakan?

orang luar mungkin tengok malaysia ni aman damai makmur sentosa dan lain2 lagi yang seumpamanya,.

hmm.. tapi. manakan sempurna..

didalam kelebihan2 yang ada, terpampang banyak kekurangan.. bukan kurang dari segi material..
tapi kurang dari segi pembinaan rohani..

itulah negaraku Malaysia..

pencapaian dalam bidang pembangunan dan material tidak aku nafikan.. malaysia nampak gah dengan KL towernya, nampak gah dengan menara berkembar petronas, KLIA, masjid kristal, masjid putrajaya dan seumpama dengannya.. alhamdulillah.. cantik di pandang, cantik bergambar berlatarkan binaan2 canggih sebegitu.. 

tetapi jika di tenung dan di lihat dalam2.. isinya.. hmm.. rakyatnya..hmmmm.. (paham2 je la sendiri)..
tetapi tidak di nafikan ada segelintir/sebahagian rakyat Malaysia ni yang baik budi pekerti, indah akhlaknya dan menjadi rakyat contoh kepada bangsa dan rakyat negara lain.. 


apapun, aku punya beberapa pengalaman yang membuatkan aku bengang betol dengan rakyat Malaysia yang dilabel dengan beradab sopan santun dan berbudaya timur ni. hmm mungkin sebab pengaruh2 kuning negara luar menjadi rakyat Malaysia yang baik sangat ni jadi hampeh gak. 


pengalaman aku: 1 hari, aku dan family naik kereta di sebuah tempat, ibu kota.. al maklumlah kat jalan raya, kereta laju.. dan kami agak lmbat memberi signal, (sbb confius dengan keadaan jalan).. kami pon kene Hon dengan kereta belakang.. ok! sorry bro! masa tu kereta kami masuk line..tunggu lmpu isyarat.. dua tiga saat lepas tu,. aku pandang ke luar tingkap..kereta bewarna hitam, avanza kalau x silap.. lalu sebelah kereta kami..(kancil jer.comel kan).. pemandu tu bukak tingkap..dan buat jari tengah! cis.. hanya Allah dan mak ayah aku je yg tahu betapa marahnye aku waktu tu. bengang sngat2! tahu ler kami salah.. tak perlu kot buat isyarat kotor mcm tu. geram sgt! sedih.. mcm ni orang malaysia??? ingat bagus sangat ke buat mcm tu.. tension.. 


.. ape nak jadi... 

itu belum lagi kes2 jenayah pula berlaku sana sini.hiburan tak kira waktu, pergaulan bebas.. disko, kelab malam, konsert.. hmpir 24 jam.. kilang arak terpampang di subang jaya..


rakyat malaysia hilang indentiti.. hilang sifat2 adat ketimuran.. dan yg paling sedih.. hilang agama.... (bukan semua..)


so.. adakah malaysia betul2 aman?

jadi apakah definisi aman yang sebenarnya?

walaupun negara kite aman dari peperangan.. namun negara kita tidak pernah aman dari Dosa dan Maksiat..

jadi berkah kah kita...

hmm...

tidak pernah aman dari dosa dan maksiat itu bakal mengundang bencana dan kemarahan Allah...

nauzubillah...

tapi aku yakin..

Malaysia masih punya golongan yang bersungguh2 menyebarluas kan pahala dan kebaikan..

walaupun mereka di benci, di pandang double standard, di perlekeh.. mereka akan tetap bertahan.. kerana mereka yakin dengan firman Allah.. bumi ini pasti akan di warisi oleh orang2 yang beriman...


the black shadow will dissolve..

the white light will come...

amin!

No comments: