Tuesday, December 20, 2011

Just a S.T.O.R.Y




di sebuah sekolah yg terletak di tengah2 perumahan orang2 elit...

kira-kira 11 tahun yang lalu,

ya.. sebelas tahun yang lampau..sewaktu usiaku menginjak 14 tahun. Zaman muda remaja yang penuh dengan keseronokan bersama rakan-rakan sewaktu di sekolah. Tetapi aku bukan seronok yang nakal-nakal, kerana sewaktu di sekolah aku lebih senang berkawan dengan kawan-kawan yang skema. Pendek kata, kawan2ku semuanya baik2 belaka.. huhu... alhamdulillah.. Disebalik keseronokan berkawan itu, timbul pula satu perasaan yang belum pernah aku rasa. iaitu.. perasaan jatuh suka! ehmm.. kalau nak dikatakan 'cinta monyet' bukan.. sebab aku sorang je yang memendam rasa.. kira syok sendiri la kot. dan kalau kite suke kat seseorang jangan kabo kat org tu..senyap2 suda... (tp kabo kat kawan x pe  kannn)  :-p

aku tak tahu, 
apa yang ku rasakan,
saat pertama kali melihat dirimu..
melihat dirimu ...tetapi kau tak lihat diriku....

al maklumla.. kecik2..apa yang aku tahu erti cinta.. just suka gitu-gitu jer..entah macam mana aku boleh berkenan dengan seorang senior sekolah ni. senior tu tingkatan 4.. Kebetulan, dia ada kakak tingkatan 5 yang berjiran dengan bilik aku di asrama. wah! peluang cerah.. tapi aku tak de la amik kesempatan nak rapat-rapat ngn kakak die sebab malu masa tu...tetapi kakak tu suka gak tegur aku yang tembam dan comel ni kat koridor asrama.. 

Nak di jadikan cerita, masa kat sekolah, aku bersungguh-sungguh nak kenal die dan dalam diam mencari siapa nama lelaki tu, yela..just nak tau nama..nak tenangkan hati yang penuh tanda tanya ni. Satu hari, ada notis kat papan kenyataan sebelah kooperasi sekolah berkenaan dengan senarai nama Mentor dan Mantee (guru dan pelajar- sistem usrah  antara pelajar dan guru). Aku cari nama senior tu.. sebab aku tahu nama kakak tu...mestilah nama ayah mereka sama.. hee.. cari dan cari.. then..aha! alhamdulillah jumper...seronoknye bukan main.. 

sejak tahu nama die tu, aku selalu je terserempak ngn die waktu rehat... waktu nak pi kooperasi..  memang menguji iman seorang budak mentah seperti aku ni.. nervous aku di buatnyer.. Tambah2 lagi die tu AJK koop.. dan AJK bilik komputer.. Asal nak pi Koop je, ternampak die.. huh! dan... hmmm. pernah satu ketika tu.. aku pi koop.. time tu la die tgh jaga.. alamak..malu sangat.. 1st time berurusan.. dalam jual beli x pe kan.. dibenorkan.. :-p cepat2 beli, cepat2 bayor.. dengan muka yg tak boleh control malu.. kawan aku yg ikut sama pi koop tegur..control la sikit.. haha.. kan dah kene tegur.. :P

selepas kene tegur ngn kawan tu, aku belajar untuk mengawal perasaan apabila ternampak atau berselisih dengan die.. hmm.. susah nye jaga hati kan? tapi.. kenapa aku suka die dulu?.. aku tahu sebab nye..

sebab die hensem.. ish2.. memandang rupe juge aku nie.. ^^, muka die putih sama mcm kakak die.. kening tebal.. macam cina-cina mix korea..  gaya sempoi... ape2 je la..
(okeyyy..sebab tu minat kat jae joong~korea gakk)

itulah peristiwa ketika 11 tahun lalu..

dan setahun lepas tu, sewaktu die tingkatan 5..aku tingkatan 3.. tahun PMR dan SPM.. Masa ni, aku dah kurang cket usha2 die..nak exam kan.. kene la tumpukan pada pelajaran.. kene jaga hati ni.. nnti belajar x masuk otak dan hati plak.. :P  

p/s: tersenyum sorang aku mengenangkan kembali zaman dulu2.. ada manis, ada pahit.. begitulah lumrah hidup ni... :)


alhamdulillah keputusan PMR aku baik, kecik2 x bnyk dosa.. dapat la 9A.. hehe..syukur sangat2.. emm.tapi aku xtau result dia dalam SPM.. apa yang aku tahu.. dia dapat sambung belajar kat Korea dalam bidang kejuruteraan, alhamdulillah.....:)

dan..waktu tu..of course la sedih, dia dah xde lagi kat sekolah.. aku pula akan naik tingkatan 4..

dan sewaktu die kat korea.. masa bulan ramadhan, mesti surat khabar ada space untuk Salam Perantau utk student2 malaysia di oversea kan? ha,, dengan takdirnya aku jumpe la gamba beliau dgn kawan beliau di Korea tu.. aku gunting dan simpan..ada 2 atau 3 kali kot.. tapi sekarang ni xtau letak mana.. mybe dah buang kot. :P 

dan berakhirlah kisah chenta di sekolah ku... aku pon tak tahu apa yg dia buat sekarang..mungkin dah jadi seorang engineer yang berjaya, dah berkahwin dapat anak..hidup bahagia! :) mudah2an hidup die in good condition.. 

:) seronok gak ingat kisah lama ni... old memories can make u smile.. also can make u cry.. n i choose to smile tonight, i miss my school, my class, my friends.. n him as well :) 



Monday, December 12, 2011

Bestnye Malaysia aku..

pengalaman menetap di Malaysia..

wah..sudah 24 aku di Malaysia. Pelbagai kisah suka duka tragis bahagia yang telah dilalui.
Malaysia..sebuah negara makmur yang berbilang kaum..hidup aman damai..lagi sejahtera.. 
alhamdulillah..memang aman..aman sangat2..suke sangat duduk malaysia ni.. huhu.. takkan nak kutuk negara sendiri kan? tak bersyukurlah namanye nanti. 

sepanjang dua puloh hempat tahun di bumi Malaysia ni, aku Ok je, family semua Ok..Alhamdulillah.. 
kalau nak bandingkan dengan negara2 lain yg sentiasa di landa peperangan, kirenya aku bersyukur la sbb Malaysia x jadi mcm tu.. bak kata orang, jgn nak kutuk2 negara sendiri..bersyukur cket. tgk org lain lagi susah..

Malaysia negara kaya dengan hasil bumi, ekonomi kukuh dan lain2...

tetapi..

tetapi..

benarkah seperti apa yang aku dan engkau sangkakan?

orang luar mungkin tengok malaysia ni aman damai makmur sentosa dan lain2 lagi yang seumpamanya,.

hmm.. tapi. manakan sempurna..

didalam kelebihan2 yang ada, terpampang banyak kekurangan.. bukan kurang dari segi material..
tapi kurang dari segi pembinaan rohani..

itulah negaraku Malaysia..

pencapaian dalam bidang pembangunan dan material tidak aku nafikan.. malaysia nampak gah dengan KL towernya, nampak gah dengan menara berkembar petronas, KLIA, masjid kristal, masjid putrajaya dan seumpama dengannya.. alhamdulillah.. cantik di pandang, cantik bergambar berlatarkan binaan2 canggih sebegitu.. 

tetapi jika di tenung dan di lihat dalam2.. isinya.. hmm.. rakyatnya..hmmmm.. (paham2 je la sendiri)..
tetapi tidak di nafikan ada segelintir/sebahagian rakyat Malaysia ni yang baik budi pekerti, indah akhlaknya dan menjadi rakyat contoh kepada bangsa dan rakyat negara lain.. 


apapun, aku punya beberapa pengalaman yang membuatkan aku bengang betol dengan rakyat Malaysia yang dilabel dengan beradab sopan santun dan berbudaya timur ni. hmm mungkin sebab pengaruh2 kuning negara luar menjadi rakyat Malaysia yang baik sangat ni jadi hampeh gak. 


pengalaman aku: 1 hari, aku dan family naik kereta di sebuah tempat, ibu kota.. al maklumlah kat jalan raya, kereta laju.. dan kami agak lmbat memberi signal, (sbb confius dengan keadaan jalan).. kami pon kene Hon dengan kereta belakang.. ok! sorry bro! masa tu kereta kami masuk line..tunggu lmpu isyarat.. dua tiga saat lepas tu,. aku pandang ke luar tingkap..kereta bewarna hitam, avanza kalau x silap.. lalu sebelah kereta kami..(kancil jer.comel kan).. pemandu tu bukak tingkap..dan buat jari tengah! cis.. hanya Allah dan mak ayah aku je yg tahu betapa marahnye aku waktu tu. bengang sngat2! tahu ler kami salah.. tak perlu kot buat isyarat kotor mcm tu. geram sgt! sedih.. mcm ni orang malaysia??? ingat bagus sangat ke buat mcm tu.. tension.. 


.. ape nak jadi... 

itu belum lagi kes2 jenayah pula berlaku sana sini.hiburan tak kira waktu, pergaulan bebas.. disko, kelab malam, konsert.. hmpir 24 jam.. kilang arak terpampang di subang jaya..


rakyat malaysia hilang indentiti.. hilang sifat2 adat ketimuran.. dan yg paling sedih.. hilang agama.... (bukan semua..)


so.. adakah malaysia betul2 aman?

jadi apakah definisi aman yang sebenarnya?

walaupun negara kite aman dari peperangan.. namun negara kita tidak pernah aman dari Dosa dan Maksiat..

jadi berkah kah kita...

hmm...

tidak pernah aman dari dosa dan maksiat itu bakal mengundang bencana dan kemarahan Allah...

nauzubillah...

tapi aku yakin..

Malaysia masih punya golongan yang bersungguh2 menyebarluas kan pahala dan kebaikan..

walaupun mereka di benci, di pandang double standard, di perlekeh.. mereka akan tetap bertahan.. kerana mereka yakin dengan firman Allah.. bumi ini pasti akan di warisi oleh orang2 yang beriman...


the black shadow will dissolve..

the white light will come...

amin!

peace zone


the shadow was disappear..
no more fright
no more doubt

the light has come
to fulfill the darkness zone
enlighten with bright yellow line

harmony..
peaceful..
calmness..

f o r e v e r..