Cinta..
betapa hebatnya penangan cinta,
cinta membuat hati sunyi menjadi terisi,
cinta membuat hati lesu menjadi teguh,
cinta membuat hati kelam menjadi terang..
hebatnya cinta,
terasa bagai dihujani bunga-bunga setiap masa,
dan walau di mana jua berada..
oh cinta...
cinta anugerah Tuhan yang Maha Esa.
sememangnya fitrah insan ingin di cintai,
ingin di sayangi..
ingin di rindui..
di belai dan di manja..
bagai menatang minyak zaitun yang mewangi..
Oh Tuhan.. mengapa terlalu asyik
cinta ini...
mengapa terlalu indah khayalannya...
Oh Tuhan..
sungguh aku tidak menyalahkan takdir kerana rasa cinta yang
terwujud ini..
namun Oh Tuhan..
mengapa dengan cinta ramai manusia menjadi buta..
mengapa dengan cinta ramai manusia hilang prinsip
mengapa dengan cinta manusia alpa dan leka..
mengapa dengan cinta manusia sanggup menggadai maruah diri..
mengapa dengan cinta manusia mengkhianat Mu yang menciptakan cinta..
Oh Tuhan...
alangkah hinanya diri kami....
mengotori fitrah cinta yang Kau beri
dengan nista-nista, dosa-dosa dan maksiat-maksiat yang membutakan hati ini..
alangkah lemahnya diri..alangkah kotornya hati...
memperalat cinta yang suci menjadi tunggangan nafsu syaitani..
Oh Tuhan....
tolonglah jauhkan kami dari cinta yang sesat ini..
bimbinglah hati kami ke arah cinta yang Engkau redhai..
cinta..
jangan.. jangan..
jangan di ucap sayang dan rindu sebelum tiba waktunya..
jangan.. jangan..
jangan di biarkan hati asyik di belai rayuan manja..
jangan.. jangan..
jangan biarkan tangan mengelus romantis tubuh yang mencintai...
nauzubillah.. Oh Tuhann..
lindungi kami dari dosa cinta ini...
berikanlah keberkatan cinta suci ini selepas ikrar janji kami di hadapanMu..
iaitu tika lafaznya akad dari nya untuk ku..
Allahu rabbi....
andai cinta kini membunuh jiwa ragaku dengan dosa..
hilangkanlah cinta ini..
hadirkanlah ia apabila Engkau mengkehendaki..