Friday, July 8, 2011

Bersih..Bersih dan Bersihkanlah..

assalamualaikum..
hari ini sabtu, 9 julai. 
hari yang cukup di nanti-nantikan oleh kebanyakkan orang,, rakyat, penguasa, polis, dan lain-lain.
seperti yang kita tahu, demonstrasi BERSIH 2.0 bakal di adakan pada jam 2 petang di stadium negara. demonstrasi kali ini menuntut agar pilihanraya Umum akan datang dilaksanakan dengan telus, cekap dan tiada penyelewengan.
sejauh mana keberkesanan dari demo ini? kita hanya akan boleh lihat hasilnya selepas pilihanraya nanti. walaubagaimanapun, pada saya, hasilnya tidak berapa penting, yang penting adalah usaha kita. Usaha rakyat-rakyat untuk memberi kesedaran dan gegaran laungan hati mereka kepada pihak penguasa. Ada sebahagian rakyat yang melihat dengan tulus kepincangan yang berlaku terhadap politik dan pemerintahan negara, dan sebahagian lain, (malahan mungkin lebih ramai ) juga rakyat yang tidak mengambil berat langsung tentang politik pemerintahan negara, di mana mereka lebih mengambil kira hal sendiri sahaja, dan tidak mahu campur tangan urusan penguasa walaupun mereka sedar, mereka sering kali merungut sekiranya ada yang tidak kena dengan negara malaysia tercinta ini. Orang seperti ini mungkin selalu berada di zon selesa, dan hanya akan merungut sekiranya kesusahan menimpi diri mereka dan keluarga mereka SAHAJA tanpa memikirkan hal orang lain. 
sebut sahaja demostrasi, bermacam-macam tanggapan negatif yang terlintas di benak. Ini kerana rakyat telah dimomokkan dengan kejelekan berdemonstrasi. selain itu, pengaruh media yang menyiarkan demo-demo yang berlaku di luar negara turut memberi kesan psikologi kepada rakyat jelata. walaubagaimanapun, saya mendapati demonstrasi di Malaysia tidak lah seburuk dan seteruk keadaannya berbanding luar sana. Ia masih lagi boleh di kawal. Terima kasih kepada polis-polis yang bertugas sepanjang demo tersebut. Namun ironinya apa yang saya lihat, pihak-pihak polis dan bomba pula yang menimbulkan huru-hara apabila gas pemedih mata, simbahan air di baling ke arah kumpulan demo.(di katakan demonstrasi aman, tetapi sudah tidak aman)...

oh ya berbalik kepada sebahagian rakyat yang berada di zon selesa tadi, mereka sedaya upaya menghentam dan mencemuh tindakan sebahagian lain yang berhasrat mengikuti demostrasi untuk menuntut keadilan. Apa yang peliknya jika pergi ke konsert-konsert, panggung-panggung wayang, perlawanan bola sepak..tidak pula mereka halang, malah mungkin turut bersama. Ini satu sikap yang tidak wajar bagi pandangan saya. hak rakyat di robek depan mata..cukai barang semakin naik, harga petrol naik, biasiswa pelajar di tarik, pembinaan kilang nuklear di pahang (sedangkan jelas berbahaya), kita merungut-rungut.. tetapi rungutan itu tidak sampai kepada penguasa, kalaupun sampai, mereka tidak ambil peduli..asalkan poket mereka sentiasa 'ter'isi. kalau tidak setuju demonstrasi tidak mengapa.. mungkin mereka yang 'zon selesa' ini ada cara tersendiri untuk menyampaikan rungutan dan komplen2 kepada pihak atasan.. jika ada silakan.. sangat dialu-alukan, agar masalah yang di utarakan itu mendapat tindakan sewajarnye. Dan orang-orang yang berdemo menuntut keadilan itu juga biarkanlah mereka dengan cara mereka. MATLAMAT NYA SAMA.. UNTUK MENUNTUT KEADILAN..HAK RAKYAT YANG DI DAKWA DI DAHULUKAN ITU...

bukan semua orang pergi berjuang.. sebahagian mereka tidak terbabit tetapi berperanan menyampaikan ilmu dan pesanan kepada yang lain..


sekiranya tidak mahu, tidak perlu mencemuh2 mereka, mereka buat itu semua juga untuk rakyat bersama.. 


sesekali..bukalah mata hati, agar kau nampak wajah dunia yang sebenarnya..


wallahualam..



No comments: