Tuesday, March 15, 2011

Tsunami dan Kuasa Tuhan

Baru-baru ini, Tsunami telah menyebabkan kemusnahan yang besar di negara matahari terbit. Di anggarkan seramai lebih 10,000 nyawa telah terkorban lantaran bencana itu.
Paling menggerunkan apabila di war2kan loji nuklear di jepun terbakar dan mengakibatkan tersebarnya radiasi yang boleh membahayakan Kesihatan. La Hau la wala Quwwata illa Billah... tiada daya dan kekuatan melainkan dgn izin Allah. Bencana tsunami yang berlaku membuktikan bahawa manusia makhluk yang lemah dan tidak mampu membuat apa-apa ketika Kuasa Allah ditunjukkan kepada manusia. Secara positifnya, semua yang berlaku adalah tnda kekuasaanNya yang mengandungi 1001 hikmah ataupun 1 bentuk amaran kepada umat atas apa yang dikerjakan selama ini. 

semoga masyarakat dunianya am nya mengambil iktibar atas apa yg berlaku dan berusaha memperbaiki diri ke arah yg lebih baik. dari sudut teknologinya, pasti setiap negara2 yang khususnya berada pada lokasi lingkaran api pasifik harus mempersiapkan teknologi moden bagi mengurangi atau mengelakkan bencana tersebut berlaku. Kejadian tsunami ini juga satu hujah di mana sains dan teknologi tidak dapat menyelamatkan manusia sepenuhnya daripada bencana alam yang berlaku. Kemampuan manusia yang terbatas ini sepatutnya menjadikan manusia lebih beriman dan mengharapkan keredhaan Allah di samping maju dalam bidang teknologi..

No comments: