Wednesday, November 18, 2009

perSonaliti ikut Tarikh Lahir anDa!



JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
*Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

continue.. bulan julai - disember korang carik sendiri la yer. heee

Tuesday, November 10, 2009

Addicted to TVSQ??



Salam..
huh tak leh jadinya..macam mana org yang thiqah mcm aku ni bleh minat artis korea ni.. TVSQ/DBSK namanye..hehehe.. ceh.. perasan thiqah~ hehe..
nila.. kerja sepupu aku punye pasal.. masa raya hartu, balik kg.. aku telah disajikan dengan dengan cerita movie artis terkenal korea ni,, bukan setakat tgk movie ( kat laptop diorg), diorg siap introduce sorang-sorang lagi member kump ni kat aku.. hehee.. jgn marah yer.. apapon, best la gak ..lucu la cite tu.. hee

tak cukup dgn itu.. masa cuti minggu study week.. sekali lagi aku telah dihidangkan dengan cite artis korea juga.. kumpulan superjunior namanye.. hee. cutela diorg, tgk cite seram.. huu...

apa-apa ajela.. bila lagi nak bermesra2 dgn sepupu.. hee.. layan ajer la.. lagu diorg pon best n cute2. mcm kanak2. hee..

:-)

minat tu boleh. tp jgnlah fanatik sangat kan... mcm kite ni.. besa2nyer.. hee.. xdelah addicted sangat.. huu

ok~
take care.
slm santai~

Friday, October 23, 2009

aii~ conteng~


 

 

 



aii.. bosan-bosan.. sempat menconteng beberapa gambar kat nota .. dah pukul 4.46 ptg dah..
lakaran sang mujahid dan mujahidah..

Tuesday, October 20, 2009

Cinta & AirmaTa..



cinta satu rasa, satu fitrah yang menyembunyi dalam sanubari insan,
cinta hadir tanpa di paksa..
sungguh, apabila hati menguntum cinta,, ia tiada bersebab..
cinta tidak memerlukan sebarang alasan untuk apa kita menyintai..
cinta menyubur dalam hati mereka yang saling menyinta..
ya.. mungkin sahaja definisi cinta itu berbeza antara satu sama lain..

di bawah ini, ku kepilkan sebuah syair cinta dari seorang pujangga..

     antara cinta hakiki dan cinta majazi...

Cinta yang tidak abadi
adalah permainan syahwat haiwani
cinta sejati merupakan cerminan cahaya
yang tinggi..
di dalamnya tidak ada nafsu berahi
di mata seorang pencinta
alam semesta bak biji semata
Jika di sana ada pencinta
pasti ma'syuq akan menyapa
Kalau cinta berjalan pada jalurnya
satu kebaikan akan berlipat kali ganda

sebuah lagi puisi cinta dari seorang pujangga..

Antara kita dan cinta terbentang jalan yang amat panjang,
setiap langkahnya kadang mendaki kadang menukik
lembahnya penuh bahaya dan cuba
bukitnya melampaui diri dan hawa...

daripada puisi di atas, sungguh kita mengerti untuk memperoleh cinta sejati bukanlah sesuatu yang mudah. Seseorang harus mengalahkan ego serta syahwatnya jika ingin merasai manisnya cinta.. Pengertian serta tangisan airmata merupakan satu metod untuk membantu mencapai cinta sejati..

Tangisan dan airmata cinta terbukti mampu menciptakan perubahan pada jiwa dan roh manusia. Tidak mungkin seseorang yang mengaku menyaksikan kebesaran dan keagungan Allah swt, namun hatinya tidak bergetar dan matanya tidak menitiskan airmata..

Firman Allah swt dalam surah maryam, ayat 58 menggambarkan sikap para-para Nabi dan golongan bertaqwa apabila diperdengarkan ayat-ayat Allah kepada mereka..

"Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi dari keturunan Adam dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israiel, dan dari orang-orang yang Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih, Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.." ( maryam:58)


sebuah lagi kata-kata dari ahli hikmah-Faidh Kasyani berkata mengenai cinta dan airmata..

Kalau engkau melihat cahaya di dahiku,
ketahuilah bahawa ia berasal dari cinta yang membara,
jika engkau menemukan dadaku bening dan bersih,
ketahuilah bahawa airmata telah mencucinya..


Sunday, October 18, 2009

my drawings







satu masa dulu.. aku amat gemar melukis.. :-)

Friendship..


kadang-kadang sahabat sanggup berkorban segala-galanya demi seorang sahabat..

tapi kadang-kadang sahabat sejati bisa sahaja terputus..